Sunday 11 December 2016

Novel: Sweet Sour


Assalamualaikum dan Hai

Zaman sekolah dulu aku selalu baca novel kekadang tu sanggup tidur lewat semata- mata untuk menghabiskan novel dalam masa sehari. Apabila umur makin meningkat dikuatkan lagi dengan perubahan citarasa dan zaman sudah berubah dari budak sekolah ke pelajar universiti, obsesi aku terhadap novel makin berkurang. Kalau tak salah aku mulai sedar aku bukan lagi penggemar tegar novel apabila menginjak usia lapan belas tahun.

Ada satu novel yang sampai sekarang aku suka dan masih tak boleh move on dari novel tu. Bila cuti sem duduk mereput di rumah dan waktu seperti meredai, aku mesti baca novel ini sampai dah terbelah dua. Hebat betul kejadian alam yang satu angkara perbuatan aku ini. Apabila direnung dan difikirkan kembali kalaulah waktu tingkatan lima dulu punya gian gini aku membaca buku biologi gerenti dapat jadi doktor tapi pemalas punya pasal 'hajat' tak kesampaian.

Tak boleh terlepas dari genre cinta. Novel yang aku maksudkan tadi adalah Sweet Sour karya Nasz di bawah terbitan Jemari Seni. Aku masih ingat pesan cikgu aku waktu konsultasi antara guru dengan classmates aku. Dia kata. Membaca novel bukan sekadar membaca tanpa peroleh apa- apa input yakni manfaat. Jadikan liku- liku kehidupan watak itu untuk mencapai kebahagiaan sebagai suatu contoh seperti mana kami semua bakal menempuh peperiksaan spm. Aku sokong. Di pengakhiran cerita mesti happy ending kan. Kalau kita nak hidup kita happy ending seperti mana watak- watak dalam novel itu happy, kita mesti kental mengharungi liku- liku hidup untuk mencapai bahagia dan impian. Alahai tiba tiba rasa diri ni seorang kaunselor haha!

Belanja sikit cover dia

Jalan cerita yang mudah difahami begitu juga cara penyampaian yang santai buat aku masih 'obses' pada yang satu ini. Novel ini dibeli tahun 2011 di MPH Melaka. Semasa rombongan sekolah. Tak sangka aku bertemu jodoh sedang hakikatnya aku tak tahu apa-apa tentang novel ini cuma hati memaksa supaya membeli. Mula mula itu secara jujur aku tak yakin berbaloikah beli kalau tak salah harga lebih kurang 21 hengget lagi satu sebab aku budak sekolah jumlah sebanyak itu dapat menampung makan minum lebih dari seminggu. Ditambah pula bila tengok cover depan dia yang sangat simple. Colour hijau muda gitu lepas tu ada buah sebijik. Allahu. Simple sangat. Quote pon tak ada. Berbeza sangatlah dengan novel- novel di pasaran. Pesen aku jenis manusia yang suka judge pada pandangan pertama. Kalau dah jodoh tak lari bukan. Aku beli jugak. Bila mula baca tu serius cakap, novel ini sangat menarik. Kesimpulan dekat sini don't judge the book by its cover.

Aku tak pandai bercerita sementelahan untuk kasi sinopsis boleh kata aku fail bahagian ni tapi aku akan bagi jugak harap harap akan sampai lah apa yang aku cuba sampaikan. Jalan cerita mengisahkan tentang seorang pelajar universiti dengan nama Alia atau nama manja dipanggil Lia. Lia couple dengan Zarul. Dia orang adalah pelajar dalam bidang kejuruteraan di universiti yang sama cuma Lia junior Zarul setahun. Mereka couple hampir tujuh tahun tapi couple versi tak couple gitu. Tak ada i love you tak ada aishiteru dan tak ada pegang pegang tangan. Selain couple mereka adalah kawan karib. Hidup nak bahagia bukan senang. Selepas dia orang graduate dan masing masing bekerja ada tanggungjawab sendiri tiba- tiba Zarul bagitahu dia nak kahwin tapi bukan dengan Lia. Tak dapat diimagine perasaan Lia waktu itu sebab dia orang couple hampir tujuh tahun tup tup nak kahwin dengan orang lain. Nasib baiklah ada nya Joe. Nama hipster gitu. Lelaki bajet omputeh masuk dalam hidup Lia. Lia langsung tak suka dekat Joe sebab mamat ni kaki perempuan dan langsung tak ada knowledge dalam hal agama so tak layak dibuat suami.

Lepas tu kiri kanan belakang depan cerita berjalan seperti yang ditulis sang penulis. Nak tahu kesinambungan cerita mestilah kena baca sendiri hehe! Tetiba rasa kesian seksa kau orang. Apa aku suka tentang Joe adalah sikap dia. Dia sanggup lakukan apa saja untuk capai impian dia. Itu penting. Apabila sudah ada impian kita mesti berusaha. Dengan usaha kita pasti akan berjaya.

Thats all
Thank you for reading

No comments:

Post a Comment