Wednesday 26 April 2017

12 prince dalam U- prince series.

Hai,

Kat entri ni aku nak buat sambung untuk entri yang lepas. Kat entri ni aku tak eksplain pasal mana- mana part untuk series ini sebaliknya aku listkan pasal keseluruhan series ni. Tak banyak... sikit je. Secoet gitu.

Series ini kesemuanya ada 12 part sebab prince dia pun 12 orang.



1) The Handsome Cowboy


2) Gentle Vet



3) Lovely Geologist

4) Badass Baker

5) Absolute Economist



7) Playful Comm- Arts


8) Extroverted Humanist

9) Single Lawyer

10) Crazy Artist

11) Badly Politics

12) Ambitious Boss


Aku mungkin akan sembang pasal kesemua part... mungkin... sebab
cite ni pun belum semuanya ditayangkan. Aku tak janji akan mampu
sembang 12 part. 😅😅😅... Apapun aku cuba
untuk update kat sini.

That's all for today. Thank you for reading this.
Make your day.😆😆

Thursday 16 March 2017

Secoet aku di awal semester...


Assalamualaikum dan Hai,

Kat entri kali ni aku nak cite serba sikit perjalanan hidup aku sepanjang menjalani semester baru. Hujung bulan februari aku balik uni dan sekarang... satu... dua... tiga.. empat.. ha... sudah masuk minggu keempat aku kembali belajar.

Secara jujurnya aku cakap. Semester ni sudah pon berjaya buat aku penat dengan jayanya walaupun baru masuk minggu keempat. Minggu pertama kat uni aku dah mula ada lab. Paling disaster. Lab subjek ni 24jam. Maksud aku... hari isnin aku buat eksperimen. Siap eksperimen. Balik. Lepas tu tiap tiga jam kena datang untuk ambik sampel sampai cukup 24jam. Tak kira lah kau lelaki ke perempuan ke pukul dua pagi dan lima pagi, wajib datang untuk ambik sampel. Tambahkan sadis, lab ni paling hujung antara banyak- banyak blok. Azab mengantuk tu memang tak tahanlah. Dua kali kena hadap lab 24jam ni. Sakit pinggang sakit urat sakit kepala semua ada. Haha!

First lab pon aku dah merasa balik kurang lebih pukul 7mlm. Aku dengan classmates semua penat. Dahlah lab 24 jam. Jeles tu memang ada la bila tengok orang lain keluar main bola pergi hiking pergi joging.. tidur.. tup- tup sampai bilik dah solat magrib. Bila dapat katil tu terus... selamat belayar lah.

Point aku kat sini bukan mudah nak berjaya. Kalau tak sabar memang dah lama cabut balik tidur, haha! Nak berjaya bukan senang. Sama macam daki bukit. Ada part senang ada part susah. Kat part susah itulah kena ada rasa sabar... cekal.. istiqomah itu penting...  tiba- tiba pulak aku bagi nasihat.

Sebenarnya aku saje je post entri ini disebabkan hari ni result spm dah keluar. Dapat berapa pon, tahniah. Dah usaha kan.

Thursday 9 March 2017

Secoet Yong Pal, Kdrama

Assalamualaikum dan Hai...

Kat entri ini aku akan sembang pasal Kdrama, Yong Pal. Drama yang dah lama aku tengok dan aku dah lupa tahun berapa aku tengok. Cite ni boleh kira memang terbaiklah dalam banyak- banyak cite Korea.



Okey. 
Tak nak buang masa... 
Nanti korang cakap aku banyak bebel aje, sinopsis langsung tak nak cite. 

Sinopsis, aku taruh takat mana aku ingat 
dengan alasan aku tak reti cite pendek- pendek.



Yong Pal adalah nickname untuk watak hero
 yang dipegang oleh Ji- Woo.
 siapa dia… ha, lelaki kat atas tu. 




Selain pegang watak Yong Pal nama
 dia dalam cite tu jugak, Dr. Kim Tae Hyun. 



Kerja dia sebagai doktor. 
Selain kerja kat hospital, 
dia ini jugak buat part- time gitu untuk 
rawat pesakit luar termasuk ahli- ahli gangster 
menggunakan gelaran Yong- Pal. 
Ha, itulah salah- silah riwayat nama Yong Pal ini.




Okey. 
Cite pasal hero je tak best kan? Jadi siapa pulak heroin dia?
  Gambar kat atas itu heroin cite ni. 
Lawakan? 
Kim Tae- Hee la siapa lagi.


 Dia pegang watak sebagai Yeo- Jin.
 Lepas tu yang best pulak dia ni anak orang kaya. 
Alah, kalau kaya kat Korea tu faham- faham jelah kaya dia orang macam mana… kaya tak 'segan- silu'.


Cara kerja dia memang pelik dari orang lain
sebab dia sangat mementingkan duit.
Korang kena tengok sendiri,
kenapa si Yong Pal ni gilakan duit.



Lelaki ni pulak abang si Yeo- Jin 
tapi sayang muka kacak perangai ke laut.


Episod akhir ramai jugaklah yang kompelin.
Ada yang cakap...
simple sangat... tak berapa best...
pengakhiran gitu aje... aku pun
rasa gak ah macam tu... tapi takpelah
asal dia orang berdua
stay together.

Keseluruhan episod: 18 episod
Aku kasi 5 bintang. Walaupun ending dia macam tu
cerita ni tetap best untuk aku. 
Genre cite ni: Action, Medical, Romance.

That's all for tonight. Thank you for reading this.

Sembang U- prince series, Foxy Pilot. Cite Thai niii...

Hai gais...

Semalam, aku duk selongkar segala jenis file yang wujud kat laptop aku sejak zaman dulu kala. Yelah, tengah cari ilham nak tulis apa kat sini jadi aku pun decide jelah tulis lagi pasal drama yang korea ke china ke taiwan ke thailand ke... nampak tak betapa aku gigih nak tulisnya!

Kat entri ni aku nak cite pasal drama thai ataupun orang 'sana' panggil lakorn. Kdrama dah yang drama China pun aku pernah tulis jadi terhengen jugak nak tulis pasal drama thai ini. 

Yang aku tengok ni U- prince series. Drama berepisod tapi episod nya takdelah panjang sangat kayak sinetron tu. Yang aku tengok ini Part 6, Foxy Pilot. Kenapa? Sebab aku rasa yang ni paling best... kena dengan jiwa aku yang tak berapa nak betul ni. Ops!



Cerita dia macam ni gais... 
Yang lelaki ni nama dia Hawk, budak 
fakulti kejuruteraan sekaligus student tahun akhir 
sebelum kerja sebagai pilot.




Girl ini pulak nama dia, Aurora. Budak satu uni
dengan Hawk tapi lain fakulti.
Aurora selain pelajar dia juga selebriti. Kebetulan,
bapak si Aurora ni pemilik syarikat kapal terbang 
yang Hawk apply nak kerja.



Bapak si Aurora ni baik punya pelan dia
pi suruh Hawk ni 'jaga' Aurora 
sebagai syarat Hawk diterima kerja.



Budak Hawk ini pi reda aje ikut skrip, setuju jelah
untuk tengok- tengokkan Aurora.



Aurora ni boleh tahan 'manja' jugaklah
sampai Hawk pasrah je
ikut cakap dia. Hahaha!



Yang aku suka, Hawk ini memanjang aje serius dia.
Selalu dengan muka sejuk- beku dia. Cukup pakej
susah nak senyum lepas tu tahap
sombong dia melangit.
Nampak cool, haha!



Hawk ini dah macam bodyguard si Aurora.
Selebriti pun ada haters gais.



Hawk tunjuk aje tak suka dekat Aurora
sebenarnya suka kat girl ni.



Aku suka lelaki yang pakai jacket hitam tu.
Alahai, dah lupa nama dia. Serius, 
dia memang lawak.
Lagi -lagi part lepas dia bertumbuk dengan Hawk. 
Ops?!


Kalau korang perasan, Hawk selalu pakai
baju warna putih. Ya, mostly dalam cite ini
dia pakai baju warna putih.


Apasallah aku letak gambar ni kat bawah? Patutnya
aku letak kat atas. Paling bawah pulak tu. 
Haih...

💗💗💗💗💗
Hero - Heroin...
Jirakit Thawornwong: Hawk
Baitoei Zuvapit: Aurora

Keseluruhan episod: 4
Aku bagi 5 bintang. 😘
Antara sebab patut ditonton: 
Besttttt!!!!
Besttttt!!!!
Besttttt!!!!
Besttttt!!!!
Besttttt!!!!

That's all for tonight. Thank you for reading this gais.











Thursday 2 March 2017

Love 020, drama 2016

Assalamualaikum dan Hai...

Malam ini, aku nak cite pasal Love 020. Bukan drama Korea.


Cite ini bukan cite 2 dunia ya. Tapi cite pasal
dunia sebenar dan satu lagi
dunia untuk gamers.


Hero- heroin ni gamers. Budak science- comp
kalau tak salah aku.


Part pertama diorang jumpa
kat dunia sebenar.


Yang ini waktu diorang dah couple.
Dua- dua bijak studi. Haha!
Klise giler dia punya jalan cite.
Tapi tetap best.


 Zheng Shuang pegang watak Bei Wei- wei
dalam cite ni.


Xiao Nai watak Yang yang. Budak 
science- comp yang bijak dan
digilai ramai budak perempuan kat uni.
Jadinya, dia memang femes habis kat
Qing University. (Nama universiti diorang)

Dan untuk yang belum tengok. Diorang berdua belajar kat universiti sama dan
dalam jurusan sama cuma tak pernah/ jarang berjumpa sebab Xiao Nai
dah tahun akhir lepas tu orang pemes ni susah nak nampak.



3 orang ni bestie Xiao Nai. Kaki gamers jugak.
Sorang palyboy, sorang lagi perangai giler- giler 
dan sorang lagi perangai dia cute gitu.


Dalam dunia 'lain.' Haha!


Yang ni part Wei- wei dah habis studi.


Si Wei- wei ni tumpang rumah bf dia sebab
bertekak dengan kawan baik dia.
Kesian.. kesian..


Keseluruhan episod: 30

Overall, aku bagi 5 bintang. Sebab jalan cite yang best dan OST yang best.
Banyak kali dengar pon tak jemu. 

Legend of The Blue Sea, Kdrama 2016

Assalamualaikum dan Hai.

Malam ini nak cite pasal Legend of The Blue Sea. Cite yang dah lama aku tengok. Sebelum cite Goblin.



Aku suka sangat tengok
diorang berdua ni. Tae- Oh punya
respons bila Chung datang dekat
memang kelakar.

Part sedih bila bapak Joon- Jae 
dah takde. Ish.. ish... ish..


Chung punya respons nak lintas jalan
memang takleh blah! Mau sakit perut 
kes tergelak.


Dua- dua tahu pedajalakan orang.


Part dalam episod akhir. Ok lah... ending dia.. 
happy jer.


Walaupun diorang selalu jer bertekak
tapi aku tetap sedih sebab
abang dia mati. Bunuh diri.
Ish... ish... ish...


Diorang punya kerjasama nak pedajalkan
orang memang terbaik.  Mental dengan fizikal
semua dah sedia.


Part awal Joon- Jae pedajalkan
pak guard. Terrer betol mamat ni
hipnosis pak guard tu.



Terharu gak ah tengok part ni.
Sob... sob...


Shooting kat oversea.
Antara part gumbira gitu. Haha!


Aku suka tengok Tae- Oh ni. 
Dia punya terlebih eksyen tu yang 
lawak nya.


Biasa ah awal kenal... gumbira jer..
nak sampai penamat tu... ada yang berair mata. Aku
maksudkan pelakon. Hehe!

Part zaman silam.

Keseluruhan aku bagi 4 bintang. Cite ni best. Ost pon best- best.
Yang tak tengok, tengok ah.

Keseluruhan episod: 20 & 1 special

That's all. Thanks for reading this.
Good night. 😊😊😊