Thursday 16 March 2017

Secoet aku di awal semester...


Assalamualaikum dan Hai,

Kat entri kali ni aku nak cite serba sikit perjalanan hidup aku sepanjang menjalani semester baru. Hujung bulan februari aku balik uni dan sekarang... satu... dua... tiga.. empat.. ha... sudah masuk minggu keempat aku kembali belajar.

Secara jujurnya aku cakap. Semester ni sudah pon berjaya buat aku penat dengan jayanya walaupun baru masuk minggu keempat. Minggu pertama kat uni aku dah mula ada lab. Paling disaster. Lab subjek ni 24jam. Maksud aku... hari isnin aku buat eksperimen. Siap eksperimen. Balik. Lepas tu tiap tiga jam kena datang untuk ambik sampel sampai cukup 24jam. Tak kira lah kau lelaki ke perempuan ke pukul dua pagi dan lima pagi, wajib datang untuk ambik sampel. Tambahkan sadis, lab ni paling hujung antara banyak- banyak blok. Azab mengantuk tu memang tak tahanlah. Dua kali kena hadap lab 24jam ni. Sakit pinggang sakit urat sakit kepala semua ada. Haha!

First lab pon aku dah merasa balik kurang lebih pukul 7mlm. Aku dengan classmates semua penat. Dahlah lab 24 jam. Jeles tu memang ada la bila tengok orang lain keluar main bola pergi hiking pergi joging.. tidur.. tup- tup sampai bilik dah solat magrib. Bila dapat katil tu terus... selamat belayar lah.

Point aku kat sini bukan mudah nak berjaya. Kalau tak sabar memang dah lama cabut balik tidur, haha! Nak berjaya bukan senang. Sama macam daki bukit. Ada part senang ada part susah. Kat part susah itulah kena ada rasa sabar... cekal.. istiqomah itu penting...  tiba- tiba pulak aku bagi nasihat.

Sebenarnya aku saje je post entri ini disebabkan hari ni result spm dah keluar. Dapat berapa pon, tahniah. Dah usaha kan.

No comments:

Post a Comment