Sunday 11 December 2016

3 Sembang Kosong Pelajar Universiti

Assalamualaikum dan Hai

Merujuk pada tajuk entri di atas, setiap semester hampir setiap pelajar universiti mengalami masalah seperti di bawah;





Petama; Belajar

Boleh dikatakan, belajar di awal semester antara kata- kata kosong pelajar universiti. Tak salah juga, dikatakan penipuan terbesar mereka.

Sikap suka bertangguh kerja dan tidak kurang juga sesetengah pelajar lebih suka bersenang- senang di awal semester sebelum mula menekan 'gear.'

Kedua; Bersenam

Pelan sudah ada tapi sentiasa tidak berhasil menjalankannya. Antara sebab gagal, bangun lewat pagi dan merasakan esok masih ada untuk bersenam.

Ketiga; Diet

Masalah ini lebih cenderung dialami oleh si gadis. Suka bertangguh dan hanya memasang angan tanpa usaha melaksanakannya adalah faktor terbesar kegagalan. Bersenam dan berdiet saling berkait rapat. Antara sebab lain menjurus kepada kegagalan, merasakan esok masih ada.

Thats all for today. Thank you for reading.

No comments:

Post a Comment