Saturday 10 December 2016

Tips Limitkan WhatApps


Assalamualaikum dan Hai.

Sejak dua menjak ni, ws selalu masuk tak kira masa. Kekadang tu pukul dua tiga pagi still ada yang ws.

Benda ni terjadi berpunca dari assignment dan taks daripada lecturer. Kekadang tu aku bengang sikit ah sebab kekawan ganggu masa rehat aku. Tapi lama- lama aku sedar dan aku cakap kat diri sendiri, tak apa waktu ni dia susah esok tulat tubeng mana tau aku susah dia tolong aku balik.

Tapi aku still limitedkan penggunan ws. Nampak tak betapa aku pentingkan tidur daripada kawan. Hehe. Idea ini tercetus bila suatu malam tu aku frust giler dengan group mate laki aku. Aku ada cakap kat dia emel dekat aku part dia sebelum pukul sebelas malam. Buat pengetahuan kau orang, masa tidur aku di bawah pukul sebelas malam. So malam tu aku tunggu dia emel kat aku lepas tu pulak aku tunggu melepasi pukul sebelas malam. Sebab malam tu, aku kena compilekan lab report dan submit kat lecturer. Pagi tu mood aku ke kelas down sangat. Lepas tu aku ada ah mengamuk sikit lepas tu bebel dua tiga kerat kat group mate aku tu bahawasanya aku terpaksa tidur lambat dan penantian aku tu sia sia aje sebab dia tak emel kat aku part dia.

Nasib baiklah kami ni berlainan gender. Kalau ditakdirkan sesama perempuan dah lama dah aku sepak- sepak buku lali dia. Sanggup dia buat aku macam ni. Tapi dia cool aje bila kena bebel sampai aku rasa pelik dan tanya diri aku yang dia ni takde perasaan ke lepas tu aku baru ingat yang kaum lelaki ni dia maintain cool aje walaupun kaum perempuan dah gabra macam dikejar anak kera.

Lepas tu, settle masalah dia sebab dia dah emel kat aku. Baru aje nak bersenang lenang dan tunggu masa submit lab report tetiba masa aku buat last checking aku ada nampak ah salah sorang group mate aku ni copy paste introduction dari internet. Pon lelaki. Marah ah aku. Lepas tu rileks aje dia tak nak betolkan salah dia dan aku terpaksa betulkan kesalahan dia. Tobat. Aku rasa nak nangis. Aku ni, dua tiga hari anti dengan dia. Lama- lama lepas buat lab sekali agak okeylah sebab aku kasi amaran keras sebab aku tak nak benda ni terjadi lagi. Sekali lecturer dapat trace kita orang punya lab report ada copy paste wajib dia potong markah kita orang. Dan aku tak nak benda tu terjadi sebab markah lab report sumbang dekat carry mark.

Kepada dua jejaka itu, aku gerenti kau orang akan terajang aku masuk tasik bila baca entri ini haha!

Sambung balik bahagian limitkan penggunaan ws. Dekat status terang terang aku tukar kepada, "not respond after eleven pm." Mula mula buat macam tu rasa kesian ah sebab ada sesetengah member aku ws melepasi pukul sebelas malam. Tapi aku still tahan diri tak balas ws dia. Sebabnya aku nak ajar dia supaya ws aku awal masa. Aku tak nak sekadar status aje aku tulis, tak respons selepas sebelas malam dan aku still balas ws dia. Kalau macam tu apa guna aku letak status macam tu. So mulai hari tu status tu adalah rule aku dalam penggunaan ws.

Aku dapat ikut sampai sekarang rule tu lepas tu aku dapat kesan satu lagi masalah aku untuk lena. Iaitu bunyi notification ws atau segala bunyi berasal dari telefon. So aku buat alternatif vibratekan telefon aku lepas tu letak phone jauh jauh dari tempat tidur. Aku pernah baca kat internet, simpan phone sekurang- kurangnya 30cm dari tempat tidur. Sebab phone ni ada radiasi dia so sebaiknya jauhkan telefon supaya kadar radiasi tu dapat dikurangkan. Mula mula vibratekan phone risau gak ah. Risau kalau ada ejunt calls nak nak lagi aku ni jenis tidur mati susah nak terjaga. Dua tiga hari vibratekan phone baru aku sedar takde siapa terhengen call aku memalam buta selain ws aku. So tiap tiap malam aku tidur lena sebab dah tak dengar bunyi telefon.

Baru aku sedar vibratekan phone ni bukan setakat berguna semasa dalam dewan kuliah tapi membantu membuatkan tidur kita lebih lena. So kepada kawan kawan yang ada masalah sama macam aku boleh ah buat benda sama. Member aku sendiri sedar dengan perubahan status ws aku. Kekadang tu, selepas isya aku dah tidur dan ada gak ah selepas jam sebelas aku belum tidur dan bila orang ws, aku tetap tak balas sebab aku tak nak langgar rule aku tu. Alhamdulillah, status tu bertahan sampai sekarang. Kawan aku ada cakap aku ni jenis tidur awal. Kekadang tu ws pukul sembilan aku tak balas sebab aku dah tidur masa tu. Ya. Aku kaki tidur awal.

Kira ajaib ah kalau aku tidur lewat. Kekawan aku ada cakap tidur pukul sebelas tu awal sangat. Ada gak ah sesetengah kekawan aku ni tidur pukul satu- dua pagi. Aku tak boleh imagine keadaan aku tidur lewat macam dia orang. Mungkin aku ni still dalam golongan kanak kanak ribena yang memerlukan tidur tak kurang lapan jam sehari.

Ada ah malam tu, after isya aku dah tumbang. Tak salah aku sebab jadi macam tu sebab aku penat kelas habis hampir maghrib. Lepas tu aku bangun pukul enam. Mata ngan tubuh rasa segar sesangat. Dan baru aku tahu kiranya lebih afdal aku tidur after isya. Haha. Kalau aku buat macam ni tiap tiap malam gerenti member aku semua marah sebab tak dapat communicate dengan aku waktu malam untuk settlekan hal kerja.

Sekarang ni aku lebih suka vibratekan phone aku. Aku ni ada sejenis pe'el yang asal dengar bunyi phone mesti nak bukak phone tu. Kalau tak bukak mesti curious giler lepas tu terus tak boleh fokus pada apa yang aku tengah buat sekarang misalnya assignment. So aku rasa maybe selepas ni aku akan vibratekan terus telefon aku. Settle masalah. Bateri pon jimat. Thumbs- up.

Thats all for today.
Thank you for reading.

No comments:

Post a Comment