Monday, 12 December 2016

Aku budak 90- an

Assalamualaikum dan Hai


Aku ni dalam kategori budak bakal tua ah sebab tahun depan umur dah masuk dua puluh tahun. Ah tetiba rasa diri ini tak sesuai ada pangkat dua kat depan bukan sebab tak nak mengaku tua tapi sebab kematangan tak selari dengan umur.

Aku bukan budak bandar. Lahir dan membesar cuma di kampung. Belajar pon di sekolah kampung aje. Biasa ah dah nama nya budak kampung kan, tiap petang selepas balik dari sekolah terus pergi main konon dia macam beriadah gak ah. Tapi aku keluar dalam pukul lima gitu sebab umi aku ada buat jadual untuk keluar main. Itupun selepas solat asar. Aku jeles gak ah dengan kawan- kawan aku yang dapat keluar awal. Dia orang selalu dapat main pukul tiga- empat petang. Aku pernah gak ah cuba cuba nak menyusup keluar dari rumah sebelum jam lima tapi biasa ah umi mesti tunjuk rotan. Terus lembik leher terketar ketar lutut sebab tak nak kena rotan. Tapi biasa ah dasar budak degil mesti ada kes aku dirotan salah satunya sebab solat. Kecik kecik dulu mesti frust tahap tera giga bila dirotan lepas tu kata umi abah tak adillah tak sayang aku la sebab tu dia orang rotan aku lepas tu banyak sangat drama drama berantai selepas dirotan ni. Bila dah besar dan boleh pikir baik dan buruk aku sangat bersyukur berkat didikan tegas umi abah anak dia ni jadi jugak ah manusia walaupun tak jadi perdana menteri. Huh. Ada hati nak jadi prime minister.

Kekawan aku ada gak ah ajak aku keluar main tapi malang sekali dia orang mai rumah sebelum jam lima. Lepas tu umi terus warning dia orang kalau nak ajak aku main mesti datang pukul lima. Mencicit la kekawan aku ni cau. Aku ni boleh kira suka memberontak gak ah sebab tak puas hati bila lambat keluar main. Kalau dapat keluar awal kira heaven sangat ah tapi mesti bersebab misal dia hari sukan sekolah. Gaya rusa masuk bandar gitu. Nak kata sebab umi tak nak anak dia ni hitam tak ada la pulak kulit aku ni cerah dan glowing ala ala artis korea. Jauh sekali nak di samakan dengan taylor swift. 

Ada ah sekali dua tu aku hentak hentak kaki tak dapat keluar awal. Nak nak pulak aku ni jenis tak tidur petang so menunggu jam lima jadi lambat ah. Kalau tidur tu, celik mata aje terus boleh keluar main. Pe'el aku ni tak diajar untuk tidur petang. Sebab aku kena siapkan kerja sekolah lepas siap kerja tengok Dora the Explorer. Dah pukul lima tu terus lari ke padang. Join kekawan kat sana. Apa kita orang buat entahlah. Ada aje benda nak main. Kekadang permainan tak masuk akal ada gak buat. Bahagian kalau balik lambat pon kena jugak. Bersedialah untuk dirotan. Zappp!

Sekolah dulu cikgu boleh aje denda murid murid. Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah merasa aje aku dengan ketuk ketampi. Di sekolah rendah, duk tepi longkang sebab tak siapkan homework, dicubit cikgu, kena denda bersihkan bilik darjah. Waktu kena denda subhanallah, malu ah tak tau nak letak muka kat mana lepas tu gerenti parah punya kalau umi abah tahu tak memasal kat rumah kena bebel dengan dia orang. Dah besar ni aku sedar cikgu sekolah marah cikgu sekolah denda sebab dia orang sayang aku. Lepas tu aku rasa kena marah kena denda antara kenangan manis buat aku tersenyum. 

Ada gak ah, waktu tingkatan tiga dulu satu kelas buat ketuk ketampi. Meriah gak ah lebih lebih lagi bila orang datang tengok huhu! Rasa malu tu ada tapi sebab ramai malu tak berapa nak munculkan diri. Cikgu denda bukan sebab marah ke apa, tak marah ke...hmmm... entahlah. Kalau tak salah aku kita orang kena denda sebab kita orang tak dapat jawab soalan dia lepas tu terus kena turun dari kerusi dan ketuk ketampi. Batch sebelum kita orang pon kena denda sama, sekelas gak ah. Jadi tak mustahil kita orang kena denda dengan cikgu yang sama. Berkat ajaran cikgu ni result pmr aku, 👍.


Aku ada gak ustazah yang mengajar pendidikan islam. Ustazah terbaik pernah mengajar aku. Apa aku perati bila ustazah panggil nama pelajar mesti menggunakan nama penuh. Budak kelas aku banyak gak ah jumlahnya lebih tiga puluh lima orang. Kuat betul ingatan ustazah boleh ingat nama anak- anak murid dia. Sebab dia ingat nama aku lah aku jadi sayang dia amat amat. Lagi satu antara sebab aku suka ustazah adalah teknik mengajar dia lain dari yang lain. Asyik soal jawab aje. Misal hari ni belajar sirah tapi jaga jaga tepat masa dia akan suruh kau baca ayat hafazan. Aku pernah gak ah kena jadi persediaan rapi mesti ada. Lepas tu ustazah takkan lupa soal soalan mudah contoh dulu aku kena soal, bila Rasulullah SAW keluar berhijrah siapa yang menggantikan tempat baginda. Mesti ah Saidina Ali bin Abi Talib. Lepas tu soalan tadi jadi berantai, Abi Talib atau Abdul Mutallib. So preparation mesti ada. Sentiasa perlu dibaca.

Thats all for today.
Thank you for reading.

No comments:

Post a Comment